Tuesday 11 October 2011

Bagaimana ibubapa boleh membantu anak mengenal wang...

Menguruskan Wang

Menguruskan wang merupakan salah satu kemahiran yang penting. Walaupun guru di sekolah mengajar subjek wang menggunakan contoh-contoh matematik tetapi sebenarnya guru tidak mempunyai masa yang cukup untuk memberi tunjuk ajar secara individu. Maka disinilah perlunya ANDA sebagai ibubapa untuk memainkan peranan menjadikan pengajaran yang diberikan oleh guru disekolah lebih berkesan.

Ibubapa perlu mengajar anak-anak mereka tentang "wang" jika tidak mahu anak anda membuat kesimpulan sendiri tentang dari mana datangnya wang. Anak anda boleh membuat keputusan ia tidak tumbuh di atas pokok, sebaliknya ia datang dari ATM (Mesin Teler Automatik).

Sebagai jurulatih utama kewangan anak anda, anda akan menunjukkan anak kecil, anak muda atau remaja tentang cara-cara untuk menguruskan wang sendiri. Anda mungkin mendapati bahawa anda adalah seorang guru yang berbakat.


Bagaimanakah Cara Mengajar Anak Anda? 

Anak kecil anda boleh belajar untuk mengira wang sebaik sahaja dia boleh bercakap.  Malah tidak kurang juga yang sudah pandai meminta wang untuk membeli gula-gula atau aiskrim sebagai makanan kegemaran mereka. Tunjukkan pada anak anda beberapa keping duit syiling dan ajarkan beberapa fakta matematik mudah dalam bentuk permainan. Dia boleh belajar perbendaharaan kata dan fakta-fakta jika anda membuat permainan. Dan yang paling utama anda hendaklah mengajar mereka yang mereka tidak boleh makan duit syiling!!!

No comments:

Post a Comment